Friday 31 July 2015

RESEPI BISKUT SARANG SEMUT COKLAT


Hi... Salam Sejahtera..

MOOD RAYA masih on ni.. soo.. jom kongsi resepi BISKUT RAYA
Biskut Sarang Semut

Biskut Sarang Semut Coklat

BISKUT SARANG SEMUT COKLAT

BAHAN-BAHAN


  • 250 gm butter
  • 100 gm gula halus
  • 350 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung kastard
  • 100 gm tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil asen vanilla
  • serbuk koko -secukupnya (**kalau nk buat perisa ori, x payah letak koko)
**Pastikan semua tepung diayak terlebih dahulu

Bahan Hiasan
  • Coklat Rice Warna Warni
  • Paper Cup secukupnya

Cara-Caranya

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kemudian gaul sehingga rata. 
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, dan serbuk koko yang telah diayak, dan gaul rata bersama-sama butter dan telur yg telah kembang tadi.
  3. Uli adunan sehingga ianya menjadi doh. sekiranya adunan masih kelihatan kekuningan, tambah serbuk koko, dan uli sehingga warna coklatnya sebati.
  4. ambil pemarut, atau tapis, dan parutkan adunan didalam bekas kecil, kemudian sudukan ke dalam papercup.
  5. Jangan lupa untuk taburkan hiasan anda. taburkan coklat rice.
  6. Bakar dalam oven dengan suhu 180'C sampai masak, (anggaran 10-15 minit)
  7. sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

SIAP... SENANG KAN?? SO JOM BUAT.. APA TUNGGU LAGI..

SELAMAT MENCUBA

1 comment:

Anonymous said...

wah.. nampak macam sedap.. nak try lah