Friday 31 July 2015

RESEPI BISKUT SARANG SEMUT COKLAT


Hi... Salam Sejahtera..

MOOD RAYA masih on ni.. soo.. jom kongsi resepi BISKUT RAYA
Biskut Sarang Semut

Biskut Sarang Semut Coklat

BISKUT SARANG SEMUT COKLAT

BAHAN-BAHAN


  • 250 gm butter
  • 100 gm gula halus
  • 350 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung kastard
  • 100 gm tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil asen vanilla
  • serbuk koko -secukupnya (**kalau nk buat perisa ori, x payah letak koko)
**Pastikan semua tepung diayak terlebih dahulu

Bahan Hiasan
  • Coklat Rice Warna Warni
  • Paper Cup secukupnya

Cara-Caranya

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kemudian gaul sehingga rata. 
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, dan serbuk koko yang telah diayak, dan gaul rata bersama-sama butter dan telur yg telah kembang tadi.
  3. Uli adunan sehingga ianya menjadi doh. sekiranya adunan masih kelihatan kekuningan, tambah serbuk koko, dan uli sehingga warna coklatnya sebati.
  4. ambil pemarut, atau tapis, dan parutkan adunan didalam bekas kecil, kemudian sudukan ke dalam papercup.
  5. Jangan lupa untuk taburkan hiasan anda. taburkan coklat rice.
  6. Bakar dalam oven dengan suhu 180'C sampai masak, (anggaran 10-15 minit)
  7. sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

SIAP... SENANG KAN?? SO JOM BUAT.. APA TUNGGU LAGI..

SELAMAT MENCUBA

RESEPI BUBUR NASI BONDA


Salam Sejahtera..

Resepi pertama, pastinya yang ringkas, namun sangat sedap bila dimakan. . jom tengok gambar bawah ni.. :D



haaa.. ni lah Bubur Nasi. . Nampak sedap kan?? untuk resepi pertama ni, jom kita try masak mana yang mudah je dulu.. :P :P


RESEPI BUBUR NASI BONDA

BAHAN A ( Bubur Nasi)

  • Beras- 1 cwn (bergantung kepada berapa ramai yg nak makan)
  • Lobak Merah & Ubi Kentang - dipotong dadu
  • Garam secukupnya
  • Air Secukupnya
  • Kuib Ayam
Cara-Cara
  1. Bersihkan beras, basuh, dan letak dalam periuk, masukkan air. Masak bubur sehingga beras dh bertukar rupa jadi bubur. :P
    (**Tips, untuk menjimatkan gas dapo, anda bolehlah rendam dahulu beras sehingga kembang, setelah mengembang, baru tengek atas dapur)
    (**Kalau agak-agak anak terdesak nak makan bubur on time, ambik je nasi yg dah siap masak, letak dalam periuk, tambah air, tenggek je kat atas dapor, tunggu sampai masak)
  2. Masukkan lobak, dan ubi agar ianya jadi empuk.
  3. sekiranya bubur menjadi kering, tambahkan lagi air. (jangan takut utk tambah air, dah nama pun bubur :P :P)
  4. Masukkan juga garam dan kiub ayam, gaul sebati. dan tunggu hingga bubur anda betul2 masak.
  5. Perlahankan api untuk mengelakkan bubur anda hangit.. :P


BAHAN B (Sayur Kangkung)
  • Sayur Kangkung (diperisi, dipotong & dibasuh)
  • Bawang Merah dan Putih
  • Cili Merah & sedikit cili api
  • Udang kepal / udang kering
  • Belacan
Cara-Cara
  1. Tumbuk semua bahan, kecuali Kangkung.. haha
  2. Panakan minyak, masukkan bahan yang dah ditumbuk, goreng sehingga naik bau, dan warna keperangan.
  3. Masukkan sayur kangkung, masukkan sedikit garam, dan air. Tutup kuali dengan penutup, agar sayur senang masak, dan tidak liat ketika dimakan.
  4. bila dah siap, tutup api. dan hidangkan.. :P


BAHAN C (TAMBAHAN)
  • Ikan Bilis (digoreng)
  • Telur Masin (direbus)
  • Kicap + Cili Api+ gula sikit (dicampur sebati)

Setelah selesai, bolehlah dihidangkan bubur nasi bersama sayur kangkung, ikan bilis, dan telur masin..

ok dah siap... jom makan.. Yummy... :D


SELAMAT MENCUBA

~PERASMIAN~

Bismillahhirrahmannirrahim....

Alhamdulillah..

Assalamualaikum semua..

setelah pelbagai rintangan yang datang, akhirnya, sempat juga meng'create' satu blog istimewa ini.. khas utk mereka yg sudi membaca dan berkongsi resepi di sini. ,

InsyaAllah, saya akan berkongsi secara sedikit demi sedikit utk perkongsian kita bersama..

Akhir kalam, jangan lupa share kat kekawan ya..

:D